kdg2 jga mlm tidak dihiasi dengan bintang2 seperti mlm2 laiAn,
diikuti siangnya pula xsecerah yg diharapkan,
mendung ..........
tetapi....
selepas mendung berlalu,hujan berlalu,
langit mula menampakkan cahaya matahari,
serta warna-warninya di sebalik PELANGI yg cantik lg bersinar...
walaupn kaktus di kelilingi duri,
satu masa pokok yg berduri itu jg akan menumbuhkn bunga yg cantik,
walaupn ulat itu kotor,satu masa akan bertukar menjadi rama2 yg cantik......
Ingatlah....
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul..
Cara Allah sentiasa cara terbaik,
walaupun kelihatan semuanya salah......
Disebalik segala kejadian yg menimpa,
1001 hikmah disebaliknya
Dalam kita melangkah terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis. Peritnya terasa... Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar dari keikhlasan. Semoga kita tabah & ditetapkan iman
Bila kamu memandang segalanya dari Tuhanmu, yg mencipta segalanya, yg menimpakan ujian, yg menjadikan sakit hatimu, yg membuatkn keinginanmu terhalang, yg menyusahkan hidupmu, pasti Dia akan mendamaikan hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya utk sesuatu yg sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi itulah yg Dia mahu kerana Dia tahu hati yg sebeginilah lbh lunak dan mudah utk diikat dan akrab dgn-Nya
Bekunya air mata dari kerasnya hati…
Kerasnya hati dari banyaknya dosa…
Banyaknya dosa dari lupanya mati…
Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia
Renung-renungkanlah…
Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tak sanggup selamanya terluka, tapi ingatlah! Setiap titisan darah dari luka dan airmata, itulah mahar kita ke syurga. Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawabnya kerana syurga itu manis. Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya.